KETAHUI 9 LANGKAH PROSES JUAL BELI HARTANAH


1. Bakal Pembeli dinasihatkan untuk membuat SEMAKAN KELAYAKAN PINJAMAN PERUMAHAN (Pre-Calculation @ DSR CALCULATION) samada melalui Perunding Hartanah atau Pegawai2 Bank yang menyediakan pembiayaan perumahan terlebih dahulu sebelum memulakan proses pembelian bagi tujuan kelancaran proses2 seterusnya, Serta dapat menyediakan Laporan Profil Kewangan Pembeli (CCRIS - BANK NEGARA) & (CTOS REPORT) bagi memudahkan urusan proses permohonan pembiayaan.

2. Pembeli membuat TINJAUAN (site visit) pada unit hartanah yang ingin di miliki (bhg luar dan dalam HARTANAH) serta telah kenalpasti kelebihan,kemudahan sekitar dan kerosakan (sekiranya ada) dan sekiranya Pembeli bersetuju utk membeli HARTANAH tersebut, pembeli dikehendaki menyediakan bayaran tempahan @ booking@ initial investment berjumlah 3.18 % drpd harga jualan hartanah serta mengisi borang tawaran pembelian (offer to purchase form) dan dlm masa yang sama Perunding akan menghantar dokumen2 permohonan pembiayaan ke bank @ institusi perbankan berkaitan @ atau melalui perkhidmatan Konsultan Pinjaman Perumahan (Mortgage Consultant)

3. Kebiasaannya Jawapan kelulusan drpd BANK atau LPPSA dlm tempoh 7 hingga 60 hari bekerja.

4. Sekiranya pembiayaan LULUS, Perunding akan memanjangkan dokumen2 berkaitan bg pihak owner dan buyer kpd pihak PANEL PEGUAM utk menyediakan perjanjian jual beli (Sale n Purchase Agreement), baki 7% bayaran deposit hendaklah dijelaskan ketika proses tandatangan SNP ;

5. Sekiranya loan tidak lulus ,Perunding akan menghantar permohonan ke bank2 lain. Dan sekiranya masih tidak lulus ,maka wang booking akan dikembalikan (refund) kpd pembeli melalui cek agensi (biasanya mengambil masa 2 hingga 4 minggu) ,

6. Selepas permohonan lulus, bank akan menghubungi pembeli utk menandatangani surat tawaran pembiayaan (Letter of offer), dan seterusnya bank akan mengarahkan panel guaman bank utk menyediakan perjanjian pinjaman (loan agreement) antara pembeli dan bank.

PEMBELI perlu menjelaskan bayaran Yuran Guaman dan bayaran2 berkaitan kpd firma Guaman dilantik dlm anggaran 5% hingga 8% drpd nilai jualan Hartanah.

PENJUAL dikehendaki menjelaskan semua tunggakan bil2 yang berkaitan dengan unit hartanah yang dijual.

7. Biasanya dlm tempoh ini,bank juga akan mengarahkan Jurunilai bertauliah (Certified Valuer) utk membuat nilaian ke atas Hartanah yg akan dijual/dibeli.. Ada sebahagian bank memasukkan caj nilaian HARTANAH di dalam pinjaman ,namun,dinasihatkan pembeli bersedia utk membuat pembayaran nilaian ini.

8. Peringkat seterusnya, bank akan membuat bayaran baki pinjaman penjual di bank penjual melalui peguam dilantik,manakala bakinya akan dibayar kpd pemilik,juga melalui peguam.

9. Proses akhir , ialah proses penukaran hakmilik @ Memorandum of Transfer (MOT),Borang 14 A dipjbt Tanah dimana pendaftaran hartanah dibeli dan rekod tersebut dibuat serta pengisytiharan PEMBELIAN dan PENJUALAN hartanah di LHDN , dan proses SELESAI.

## Jangkaan tempoh proses ini adalah antara 4 bulan hingga 6 bulan, Dan berkemungkinan lebih drpd tempoh tersebut sekiranya terdapat kesulitan dr segi dokumen dan proses.

Comments

There are no comments yet


Leave a Comment
 
^ Go up